INTRO
Salam,
Sori sebab lama tak update blog. Bz dgn kerja & urusan keluarga serta bz dgn preparation utk Krabi ride ni. Maklum laaa...1st time nak ride keluar negara. Macam2 la persediaan yg perlu dilakukan. Bukan stakat mesin kena prepare, rider pon kena prepare jugaak. Yg paling utama adalah bajet. ;)
![]() |
Thanks to Afiq, sudi tolong tempahkan sticker ;) |
Krabi ride ni dh lama planning sebenarnya. Hampir 5 tahun lepas dah terkeluar idea utk ride Krabi ni.
Disebabkan bz dengan bengkel kereta & SNF racing, aku tangguhkan dulu perbincangan Krabi.
Sambil2 aku collect info dr internet & bloggers, mmg dah ramai biker2 & rider2 tak kira la moto besar ke...kapcai ke....yg dh sampai ke Krabi. Yang lagi jauh dari tu pon ada. Geng2 skuter SYM pon dah sampai.
Tapi, aku tak jumpa pulak info psl skuter Suzuki VS125/150 yg dh sampai Krabi.
Atau memang diorang pernah sampai, tapi tiada info di internet. Namun, itu bukan halangan utk kami2 yg menunggang motosikal CVT & air cooled ni utk sampai ke sana.
Nak seribu daya, taknak seribu dalih. Bagi laa alasan apa pon...ekekek...
Perbincangan serius kami berlaku 6 bulan sebelum ride, pada Disember 2014, dimana kami telah menetapkan tarikh ride Krabi - 28 May 2015.
Pada saat itu, persediaan mula dilakukan. Terutama sekali terhadap skuter & motorsikal masing2.
Pada masa tu, mmg ramai yg berminat utk join Krabi Ride ni. Ada lebih kurang 20 orang yg berminat utk join termasuk dalam grup whatsapp & event facebook.
Namun, pada hari yg ditetapkan, hanya 9 rider yg berpeluang menyertai ride Krabi ni.
![]() |
Credit to Ijam, tolong design & tempahkan baju yg ohsem!! Kipidap! |
Ok, terus kepada tajuk kita, 'Krabi Fun Ride'. Kenapa 'fun ride'?
Sebab dia adalah ni memang ride yg santai, rider2 yg join pon santai2 jugak. Kalau santai, fun ke? ekekekke....yesss....memang fun, because this is how we ride :)
Ride kali ni disertai oleh:-
Afiq - Suzuki VS150
Din - Suzuki VS125
Idz - Suzuki Belang R
John - Suzuki Belang R
Kecik - Yamaha LC
Man - Suzuki VR125
Rizal - Suzuki Belang R
Ijam - Suzuki Skydrive
Chiep - Suzuki VS125
#1st day - 28-29 May 2015
![]() |
Petronas R&R Rawang arah utara |
Kami plan berkumpul jam 9:00 malam 28 May 2015. Kecuali Ijam, yg akan join kami dari Penang. Namun disebabkan hujan, ada rider yg terlambat sikit. Tapi kita still tunggu, sebab nak gerak sekali, lagipon takde apa yg nak dikejarkan. Nama pon 'fun ride' kaaan...
Kenapa kami gerak malam? Ok, planning nya nak sampai R&R Gurun atau Changloon sebelum time subuh. Sementara tunggu kaunter imigresen bukak, dapat la merehatkan badan & melelapkan mata. Macam tuu la lebih kurang planning nya...
Selepas isi minyak, lebih kurang jam 10:30 malam, kami semua bertolak dari R&R Rawang. Diiringi dengan hujan renyai2. Slow & steady sebab jalan yg licin & had penglihatan yg terhad. Speed kami lebih kurang 80-90km/j.
![]() |
R&R Tapah |
![]() |
Afiq, Man, Din & Kecik |
Lebih kurang dekat2 sejam kami lepak, kami meneruskan perjalanan yg masih jauh ni. Hmmm...perasaan excited campur gementar pon ada. Mana tak nervous, kami semua ni 1st time nak ride masuk Thailand.
Lepas isi perut, isi minyak pulak laa...
Next stop; Sungai Perak. Kat sini kami refuel & rehat kejap je. Buang apa2 yg patut...ekekek...yg kerap kena isi minyak moto2 Belang & LC je. Kami yg skuter ni tank besar sikit. Diorang 2 kali isi, kami baru sekali. ahahha...
Kami sampai kat sini lebih kurang jam 12 lebih.
![]() |
Aku & Afiq |
![]() |
Sambil2 rehat tuu, check2 apa2 yg patut. |
![]() |
Rizal, John, Afiq & Kecik |
Selepas berehat seketika, perjalanan kami diteruskan. Susana tengah malam di highway PLUS mmg mengantukkan. Nasib baik aku mmg keje shift, boleh laaa tahan sikit...
Next stop kami; Gunung Semanggol. Time ni lebih kurang jam 3:30 pagi. Refuel & berehat utk betulkan pinggang...buang apa2 yg patut. Maklum laaa...meredah kesejukan highway PLUS.
![]() |
Apa lagiii...semua serbu toilet laa....ekekeke....sejuk wooo!! |
![]() |
Suasana berembun, sejuk gile!! |
![]() |
Sembang2 bagi hilang mengantuk. |
Ok, lebih kurang setengah jam kat sini, kami teruskan ride.
Next stop : Shell Juru. Mata pun dah pedih2 sikit. Berehat sebentar. Ride & relax. Santai2 je ride.
![]() |
Steady Dinn!! |
Kurang 15 minit kat Shell Juru, kami pon bergerak.
Sorang lagi rider dari Penang; Ijam, menunggu kami di Shell Sungai Dua. Sori, takde gambar kat Sungai Dua, tak sempat amik gambar... Kami sampai di Sungai Dua lebih kurang pkl 4:00 pagi.
Kami terus ride berembun jantan. Sejuk dia toksah cakap laa...aku yg pakai long sleeve + jacket + raincoat pon still sejuk....
Next stop : R&R Gurun, Kedah. Lebih kurang jam 5:30 pagi - 29 May 2015
Di ketika ini, kami semua dah rasa barai. mana tak nyaaa...kami dah menempuh lebih 400km, 7 jam perjalanan...huhuhuh...
Kecuali Ijam laaa....dia baru je join ride dari Penang....
Planning pada awalnya, bila sampai kat sini nak baring2 ke...tido2 kejap ke...tapi...ye la kan....masing2 teruja....dok borak2...sambil bersandar kat dinding je laaa....ahahhaha....kental jugak korang ni....
Ramai jugak orang kat R&R Gurun ni, van2 Thailand pon banyak yg berhenti kat sini . Meriah jugak la rasa suasana kat sini. Dah ada feel Thailand kat sini...ekekek...
Semakin teruja.
![]() |
Haaa...kan semua bersandar tu...ke tersandar sbb dah rasa barai....bhahaha... :D |
Kami lepak kat sini lebih kurang sejam. Dalam pukul 6:30, kami meneruskan perjalanan yg masih jauh. Border dah tak berapa nak jauh daaah...
Sampai tol Hutan Kampung, kami stop skali lagi. Refreshment sikit. Dari R&R Gurun tadi pon pedih2 mata tahan mengantuk....ekekekke....
Dengar2 ada yg nak bermesra dgn bas laaa....terhuyung-hayang laaa...
![]() |
Aiks Din...hilang dah ngantuk ko? ekekeke... |
![]() |
Suzuki Skydrive - paling kanan. Rider-Ijam ;) |
Kat sini kami lepak dalam 1/2 jam. Sembang2 bagi segar sikit mata.
Aku siap test ride Skydrive Ijam lagii...ngamm jugak Skydrive ni.
Maybe hati dh ada chop S. Semua Suzuki ngamm je...ahahhaha.. :D
Lebih kurang jam 7 lebih, perjalanan kami bersambung....
Next stop : Changloon
Apsal kami stop sini? Kat sini kami buat insurans Thailand & white card.
Kecuali Kecik, dia ada tambahan surat kebenaran dari owner motor, sebab dia bawak motor bukan nama dia. Total siap semua RM18 aje.
Insurans covered utk 1 week.
Lokasi kami buat insurans ni sebelum Caltex Changloon. Pagi2 dah bukak daah....kami sampai pon lebih kurang jam 8 lebih. Matahari tgh nak naik time tu...silau bijik mata yg tak tido semalaman ni... :P
Selesai urusan insurans & white card, misi mengisi tank penuh2. Ron97 yg dicari.
Kat Caltex tu takde Ron97, jadi, kami serbu Petronas di seberang jalan sebelum pos pemeriksaan UPP tu.
![]() |
Semua dah tak sabar nak masuk Thailand, 1st time katanyaaa... :D |
Imigresen Malaysia - Thailand
Alhamdulillah, sehingga ke saat ini, kami telah menempuh perjalanan sejauh hampir 450 km.
Selamat tiba di Bukit Kayu Hitam tanpa sebarang masalah teknikal. Mata je tak berapa cemerlang...
![]() |
Imigresen Malaysia, drive thru je...tunjuk pasport kat pegawai bertugas. |
Tiada kaunter drive thru di imigresen Thailand. Kami kena park motor, dan beratur utk urusan cop pasport serta urusan membawa masuk kenderaan ke Thailand.
Elok je kami park motor masing2, kami ditegur oleh beberapa orang. Katanya dia boleh uruskan kaunter 'ekspress' utk urusan cop pasport. Tapi dengan bayaran RM20 seorang.
Hmmm....aku tengok pon kat kaunter imigresen tu boleh tahan panjang dia....huhuhu....kalau beratur, konfem kurang2 2 jam jugak laa amik masa.
Kami bersepakat utk menggunakan kaunter 'ekspress'. RM20 seorang dihulur. Memang ekspress kaunter tu...kat depan kaunter dia tulis 'Close', tapi kat dalam tu mmg ada pegawai imigresen yg bertugas...bedal je laaa....janji cop dia sah & valid.
Dah tak sabar nak masuk Thailand. Macam2 perasaan ada. Yang paling ketara; mengantuk & lapar :P
Selesai urusan pasport & white card, kami ke kaunter khas utk yg membawa kenderaan masuk ke Thailand.
Geran & insurans Thai dihulur kepada pegawai bertugas, dia akan print 1 surat, macam surat kebenaran laaa...
Selesai dia print, beralih ke kaunter sebelah, kita kena sign surat yg dia print tu dihadapan pegawai bertugas.
Dia akan check geran, insuran & surat yg kita sign tadi. Kejap je urusan tu... 2-3 minit je....yg lama sebab kena beratur tunggu giliran.
Nasib baik orang tak berapa ramai...
Selesai semua urusan tersebut, maka kami secara sah boleh memasuki Thailand dengan membawa motor masing2.
Perasaan teruja & tak percaya sebab telah berjaya hingga ke sini; Thailand.
Tahniah semua!!
SADAO
Memasuki Sadao, kami mencari money changer. Tukar duit dulu....nanti senang nak isi minyak. Tapi kat Sadao ni, duit RM masih laku lagi.
Selesai tukar duit, aku, Afiq & Kecik beli simcard Thai. Senang nnti kalau apa2 hal ;)
![]() |
RM140...ehh bukaaan...140Bhat. |
Rider2 yg lain dah melepak kat kedai makan kat sebelah tu je.
Mood lapar sudah datang. Makan nasik terus walaupon masa ni baru pukul 9:30 pagi waktu tempatan (10:30 Malaysia).
Bedal je laa....jauh lagi perjalanan...ada lagi lebih kurang 350km berbaki perjalanan kami.
Sori takde gambar, semua kelaparan & kedahagaan. ahahha...
Selesai isi perut, kami meneruskan perjalanan...signboard dah tulisan kerawang2 & cacing2 dah ni...ekekke...tapi utk ke bandar2 utama, masih lagi menggunkan tulisan roman koman....
Elok je ternampak kuil Budha ni, aku pon stop utk amik gambar ramai2. Ada la kenangan sikit. ;)
Walaupon mata dah agak kuyu, ditambah pulak matahari tgh nak meninggi, gambar tetap amik. Semangat je yg tgh kuat time ni...
Perjalanan diteruskan menuju ke Hat Yai...
Antara gambar2 rider:-
![]() |
Rizal |
![]() |
Kecik |
![]() |
John |
![]() |
Chiep |
![]() |
Afiq |
![]() |
Man |
Dari Hat Yai, kami terus ke Phattalung...dengan keadaan cuaca yg semakin panas, dengan kami yg tak tido semalaman, mmg menguji mental & fizikal rider2. Nasib baik view cantik2. Maklum laaa...view tak penah tengok. Ride pon santai aje...
Hat Yai - Phattalung
Kami stop utk refuel & membasahkan tekak sebelum sampai di town Phattalung.
Ini adalah pitstop kami yg pertama di R&R Thailand ni....kagum jap dengan fasiliti yg disediakan. Selesa sangat. Walaupon dengan cuaca yg panas gile.
Ada cafe, kedai serbaneka, saloon, tempat urut, tempat servis kenderaan, tempat basuh kenderaan pon ada...salute!!
![]() |
Afiq tengah layan Coke siam :P |
Lebih kurang setengah jam kami disini, kami meneruskan perjalanan....penat mmg penat, destinasi masih jauh...gerakk!!
Akhirnyaa...kami bertemu dgn signboard yg ada tulis 'Krabi'....ahahhaha....yg ni kat area Phattalung kalau tak silap.
Dalam kepenatan & kemengantukan, keterujaan muncul!!
Apa lagi....amik gambar buat kenangan laa..
Wokeyy...cukup selfie & welfie bagai....dok atas motor...pulas minyak lagiii....semakin panas matahari atas kepala....perjalanan harus diteruskan...
Phattalung -Trang
Next stop, stesen minyak sebelum town Trang....time ni badan pon dh rasa lain macam....mata jgn cakap laaa...kuyu je masing2....
Isi minyak & basah tekak perkara wajib. Lain macam panas dia laaaa...adehh... :D
Kat sini kami berehat lebih kurang dekat2 sejam....sejukkan badan kejap. Faktor cuaca & mengantuk tahap gaban dah ni...ahahha...dah macam2 air masuk dalam perut... :D
Teruskan lagi perjalanan dalam cuaca yg panas terik. Jumpa redup pon time lalu bawah pokok....macam takde awan pon ada jugaak....sungguh mencabar cuaca Thai ni....
Trang - Krabi
Next stop : Stesen minyak selepas town Trang...
Haaa...time ni Afiq dah terpisah dari kami. Aku try call, tapi tak angkat. Maybe dia kat atas motor time tu....takpe laa...dia ada line Thailand...pandai2 le...
![]() |
Apa yg ko tenung tu Kecik? :P |
![]() |
Semua kepanasan, mata pon kuyuuuu je.... |
![]() |
Din yg baru lepas menunaikan hajat beliau |
Kami kat sini lebih kurang setengah jam jugak laaa....sejukkan badan...sejukkan motor masing2.
Semua ready...kami meneruskan perjalanan yg berbaki. Time ni tinggal semangat je ...nasib baik mental semua power2!!
Krabi
Setelah hampir sejam ride, kami pon tiba di Krabi town.....alhamdulillah....
Ketika di mengisi minyak dia area selepas Krabi airport, aku try call Afiq lagi sekali, alhamdulillah...dia dah sampai Ao Nang, dia tengah carik hotel yg telah ditempah awal2 sebelum ride haritu. Afiq sampai kat situ lebih kurang jam 4:30 ptg Thai.
Kami2 ni pulak masih bersantai2 di 7-eleven sambil isi minyak. Time ni traffic jam pon boleh tahan jugak. Nasib baik jugak motor2 kami ni kecik2....ehehehhe....boleh la selit-menyelit...
Lebih kurang jam 5 lebih Thai, kami bergerak ke pantai Ao Nang yg terletak lebih kurang 20km dari tempat kami mengisi minyak.
Alhamdulillaah...akhirnya kami sampai di Ao Nang beach dengan selamatnya....Afiq dah siap2 tolong check-in di Ao Nang Terrace Hotel.
Kami menunggu Afiq kat tepi pantai Ao Nang ni. Aku punya google maps gila time ni. Siap 'hang' pulak tu...
Kami amik mood kat tepi pantai sementara menunggu Afiq sampai, macam tak percaya, tapi itulah hakikatnya....kami berjaya sampai di sini. Semalam di Malaysia, hari ni di Krabi....ahahha....Syabas kepada semua...
![]() |
Parking pon selit2 ngan motor2 tempatan |
Tak sampai 5 minit, Afiq pon sampai menjemput kami...tak sabar nak mandi & baring2 betulkan pinggang....ahahha...18 jam perjalanan wooo...powerr!!
Ao Nang Terrace Hotel
Kami amik 1 bilik utk 8 orang & 1 lagi bilik utk 2 orang, demi keselesaan bersama. So, bilik air ada 2 laaa...senang tak payah nak beratur tunggu giliran...
Aku & Rizal dok kat bilik twin sharing tu....boleh tahan besar bilik dia...syukurr... :)
Masuk2 je bilik...apa lagi...mandi-manda laaa...refreshment...sementara tunggu nak turun dinner, baring2 kejap....niat di hati nak lelap2 la kejap....
Tapi di sebabkan excited dah sampai Krabi, terus tak jadi lelap...
Lebih kurang pkl 8:30 malam waktu tempatan, kami semua turun utk dinner.
![]() |
Semua muka kelaparan...ekekeke... |
Yang bestnya kat hotel ni, menu2 dia macam kedai siam pon ada...ala2 western pon ada...boleh dikatakan macam2 la yg ada...harga pon berpatutan...
Sebab tu la kami memilih utk dinner kat sini je....malas nak keluar daaah...nak rehatkan badan & motor. :D
![]() |
Port meja tepi kolam....kolam mandi ke kolam jentik2...? ahahha... |
Sambil dinner sambil sembang2 pasal ride kami tadi....macam2 cerita keluar...ahahhah...walaupon badan dah rasa macam nak 'shutdown'...tapi semangat kami masih segar...ride & relax....santai2....this is how we ride ;)
Sambil2 tu jugak, kami berbincang utk aktiviti hari esok. Snorkeling? Island hopping? Emerald pool? Owh...nantikan ceritanya... ;)
Lebih kurang jam 10:30 Thai, aku pon naik ke bilik. Mata dah rasa lain macam...badan plak dah rasa ringan2 je....so....masa utk berehat selepas 24 jam berjaga....18 jam perjalanan...meredah kesejukan Malaysia....meredah kepanasan Thailand...
Maka, berakhirlah episod hari pertama kami, 'Krabi Fun Ride'.
Insyaallah....kita bertemu di episod hari ke-2 pulak...apa yg kami buat di hari kedua? Tunggguuuu...
Tunggu aku ada mood nak cerita hari ke-2 punya hal....
Assalam...
Picture: Credit to all rider. Thanks guys.
Terbaek la chiep,tak sabar nak tunggu cerite hari kedua,Krabi Fun Ride 2015 memang menjadi suatu pengalaman manis yang indah disamping rider2 yang memang terbaek dan kental semua nya,yang sangat memahami,aku rindu sangat nak ride dengan korang lagi...korang memang best...solute
ReplyDeleteEkekek...bukan aku yg remove haaa... :P
ReplyDelete